WASHINGTON, AS – Negara Amerika Syarikat (AS) dikatakan mungkin akan memulakan kempen pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun.
Menerusi laporan yang dipetik MailOnline, kempen pemberian vaksin tersebut berkemungkinan akan bermula pada hujung bulan ini.
Syarikat farmaseutikal, Pfizer-BioNTech, juga digesa Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) untuk memohon kebenaran bagi penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 dua dos terhadap kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut.
Difahamkan, permohonan bagi kelulusan penggunaan vaksin tersebut juga telah di hantar…
Kini para pegawai kini sedang bertungkus lumus memastikan vaksin tersebut dapat diedarkan pada hujung bulan ini.
Demikian, AS bakal menjadi satu-satunya negara yang memulakan kempen vaksinasi tersebut sekiranya ianya diluluskan…
Menurut kajian terdahulu, bayi dan kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti COVID-19.
Bagaimanapun, keputusan AS untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak juga mencetuskan kontroversi…
Bagaimanapun, data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan setakat Januari 2022, sebanyak 280 kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak dari usia baru dilahirkan hingga empat tahun.
Angka itu meningkat kepada 603 kematian dalam kalangan mereka yang berusia lima ke 18 tahun.