21 Wakil Komuniti Terima Watikah

21 Wakil Komuniti Terima Watikah

0
SHARE
Kmjg
Jainisah (tiga dari kanan) menyerahkan sijil watikah kepada salah seorang wakil komuniti Madani ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Sejumlah 21 orang wakil komuniti menerima watikah perlantikan sebagai Pengerusi Komuniti Madani.

Mereka terdiri daripada wakil setiap komuniti yang berada di dalam tiga kawasan Parlimen iaitu P184 Libaran, P185 Batu Sapi dan P186 Sandakan.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Jainisah Mohd Noor dalam Program Jiwa Madani anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sandakan.

Dalam ucapannya, Jainisah berharap setiap komuniti akan memanfaatkan peruntukan yang telah disediakan agar masyarakat dalam komuniti dapat lebih memahami aspirasi kerajaan. — JABATAN PENERANGAN SABAH