Pekerja Pembersihan Temui ‘Durian Runtuh’ Duit AS, Tetapi Palsu

Pekerja Pembersihan Temui ‘Durian Runtuh’ Duit AS, Tetapi Palsu

0
SHARE
Sumber Foto: NewFlash...

BEIRUT, LEBANON – Tular di media sosial baru-baru ini yang mengisahkan seorang pekerja pembersihan menemukan sejumlah mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) di dalam tong sampah di sebuah perkampungan di sini.

Datuk Bandar Sin el Fil, Nabil Kahala yang dipetik NewFlash mengesahkan perkara tersebut, namun memberitahu bahawa wang yang ditemui tersebut adalah PALSU.

“Wang tersebut adalah palsu dan merupakan kertas kosong yang dicetak dengan imej wang kertas dan dihasilkan beribu-ribu kali dalam bentuk jalur gambar,” katanya.

Nabil dalam pada masa yang sama berkata bahawa beliau telah  menerima panggilan daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa bandar Sin el Fil ‘tenggelam’ dalam ribuan dolar.

Tong sampah yang menempatkan wang tersebut dibiarkan di sebuah kawasan tanpa pengawasan kamera.

Difahamkan, syarikat pengumpulan sampah di bandar itu telah mengosongkan bekas tersebut.

Sementara itu, menurut satu laporan menyatakan pekerja yang menjumpai ‘durian runtuh’ tetapi PALSU itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkongsian berkenaan di media sosial.