BELURAN, SABAH – Bukit Buludan di Beluran menjadi saksi ketibaan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) pada hari ke-14 perjalanan.
Acara simbolik memacak bendera Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah di Bukit Buludan dilakukan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jambri, Ketua Polis Daerah Beluran, Supritendan Hasan Majid serta Pegawai Daerah Beluran, Roger Appolonius.
Terdahulu itu, Konvoi KMJG singgah di Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran seterusnya Samad dan Roger memasang bendera di kenderaan yang berada di balai tersebut. — JABATAN PENERANGAN SABAH