KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan a/l Murugan mempersoalkan kemana hala tuju BN yang hanya mempunyai 41 kerusi dalam masa yang sama Zahid telah buat ketetapan tidak akan bekersama dengan DAP, BERSATU dan PKR.
Beliau turut mempersoalkan hala tuju BN dan UMNO ketika ini yang pada persoalan itu menjadi tanda tanya para ahli MIC ketika ini.
“SOALAN TERBESAR AHLI-AHLI MIC IALAH BAGI PERINGKAT BN TERMASUK UMNO, MIC, MCA KITA HANYA ADA 41 KERUSI..DENGAN 41 KERUSI, UMNO DAH BUAT PENETAPAN TAKKAN KERJA DENGAN DAP, TAKKAN KERJA DENGAN BERSATU, TAKKAN BERKEJA DNGAN PKR, MAKA DENGAN 41 KERUSI APA HALA TUJU KITA?…
“Ini satu soalan yang saya sebagai wakil rakyat perlu jelaskan kepada ahli-ahli parti. Semua orang ‘blur’, satu Malaysia ‘blur’. Kita dah tarik diri bersama-sama UMNO, tapi dengan lain keputusan no DAP, no PKR, no Bersatu sekarang ini.
“Di manakah hala tuju kita, bukan suka-suka MIC boleh keluar, (because we have to answered the members) sebab kita jawab kepada ahli-ahli,” tambah beliau.
Menurut Saravanan, beliau turut persoalkan pendirian BN keluar daripada kerajaan yang mana akan menyebabkan runtuhnya kerajaan yang ada ketika ini.
“Apa akan jadi dengan negara kita dengan keadaan hari ini, dengan kes covid meningkat, ekonomi terjejas, krisis politik. Maka kita tiada masalah ikut pendirian UMNO, tetapi keputusan mesti dibuat diperingkat BN dan kita kena ada satu naratif,” tambah beliau lagi.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Tapah yang juga anggota Kongres India Malaysia (MIC) itu bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya sebelum ini tetap akur dengan keputusan muktamad daripada pucuk pimpinan BN.
“Bagi pihak MIC setakat ni, kita memang pegang pada keputusan majlis MIC dan keputusan muktamad daripada pucuk pimpinan BN. MIC dan MCA tetap akur dengan keptusan BN sebagai ahli parlimen sebab kami telah diberi peluang untuk bertanding atas tiket BN, bukan MIC atau MCA…
“Maka segala keputusan haruslah dibuat di peringkat BN, sehingga sebarang keputusan dibuat kita teruskan sokongan kita kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” jelas beliau pada sidang media di sini, hari ini..
“Atau pun ada orang-orang yang buat kerja tersirat untuk kepentingan peribadi,” soal beliau di akhir ucapannya pada sidang media itu.
Datuk Seri Saravanan bersama-sama dengan 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut mengambil pendirian kekal menyokong kerajaan ketika ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, pemerhati politik menyatakan cubaan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi menyembunyikan kerjasama antara pihaknya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tetap akan terbongkar.
Rakaman suara termasuk sokongan dokumen berbentuk SD kepada Anwar jelas menunjukkan kredibiliti Zahid sebagai Presiden UMNO telah hilang.