Penduduk Setinggan Di Kota Kinabalu Akur Dengan Perobohan Rumah Mereka

Penduduk Setinggan Di Kota Kinabalu Akur Dengan Perobohan Rumah Mereka

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penduduk setinggan atas bukit di belakang Palace Hotel, Karamunsing, sini akur dengan perobohan rumah mereka.

Ia bukanlah sesuatu baru bagi Erami Sioh, 60, yang sudah biasa berpindah randah di kawasan berhutan itu sejak 30 tahun yang lalu.

“Tempat ini telah menjadi sunyi sejak pihak DBKK memberikan notis terakhir bagi mengosongkan tempat ini seminggu yang lalu.

“Kebanyakkan daripada mereka yang sudah meninggalkan tempat ini adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).”

Erami dan isterinya…

Beliau percaya mereka akan terus menetap di situ seperti nomad jika tanah persendirian itu terus tidak terurus.

Warganegara yang berkahwin dengan seorang Palauh itu berkata dia lah pencari nafkah tunggal keluarganya.

“Anak saya tidak boleh berkerja kerana takut ditangkap Imigresen lagi. Sebelum ini dia pernah dihantar ke ‘rumah merah’.”

Lelaki berumur 60 tahun itu hanya berkahwin sebelum isterinya melahirkan anak mereka yang ke-empat.

“Waktu itu kami kesempitan wang untuk ke hospital sehinggalah tertangguh ke anak yang ketiga barulah kami berkahwin…

“Tapi anak-anak saya yang memiliki kad pengenalan diri sedang bersekolah,” kata bapa kepada enam orang anak itu.

Lapan penduduk warganegara diberikan masa sehingga seminggu selepas sambutan Hari Raya untuk keluar dari kampung yang tidak bernama itu kata Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKK Mukti Hj. Muchlish.

“Sebanyak 29 rumah berisi 54 keluarga bakal di robohkan. Kerja perlapangan tapak dikendalikan oleh pemilik, Sunrise Properties, yang memegang salah satu dari 32 geran tanah merangkumi keselurahan kawasan ini…

“Aktiviti perobohan terakhir dilakukan pada 2018 Oktober lalu,” dia berkata.

Mukti (dua kanan) berbincang dengan wakil pemilik tanah dan pemiliknya (kiri)…

Tambah beliau DBKK kini kembali agresif semenjak negeri beralih ke PKPP.

Semua ini mengecewakan bagi seorang pengawal sekuriti, Ibrahim Muhamad, 43, yang baru sahaja siap mengubahsuai rumahnya.

“Saya baru beli rumah di sini yang macam pondok untuk RM700 dan lagi habiskan RM2,000 untuk memperbaikinya, sekarang saya terpaksa membongkarnya semula,” rintihnya.

Ibrahim mengenang nasib beliau…