
TUARAN, SABAH – Seorang lelaki berusia 59 tahun menemui ajal ketika berkebun di Kampung Ruhiang, Tamparuli, sini pada Selasa.
Rutin harian mangsa, Lotimin Maun, dikatakan adalah untuk keluar dari rumah pada jam 2.30 pagi untuk berkebun dan dijangka balik ke rumah sekitar jam 6.30 pagi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, penduduk kampung cuba mencari mangsa selepas mendapatinya lewat pulang.
Mayat Lotimin kemudian ditemui pada jam 12.30 tengah hari dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sekumpulan enam pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran bertindak ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 3.20 petang.
“Tindakan pasukan bomba mengambil mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan forensik polis di tempat kejadian,” kata seorang jurucakap agensi sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 4.30 petang.