Tidak Mahu ‘Comeback’, Bagi Laluan Orang Muda – Ramlee 

Tidak Mahu ‘Comeback’, Bagi Laluan Orang Muda – Ramlee 

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas wakil rakyat Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban jarang-jarang pulang bagi mengelak akar umbi demi memberi laluan kepada rakan-rakan muda seperjuangan.

Beliau berkata kehadirannya kemungkinan akan menimbulkan persepsi bukan-bukan, jadi dengan itu lebih baik berehat.

Ahli UMNO itu berkata, walaupun masih menerima permintaan daripada rakyat, beliau tidak lagi akan bertanding kecuali ditakdirkan.

“Sekiranya diperlukan, Itu suruhan daripada Allah SWT untuk kembali menjalankan amanah…

“Tapi dalam keadaan biasa, saya tidak akan bertanding lagi,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pembantu menteri kewangan itu berkata untuk akan terus membantu jentera di Beaufort kerana satu keturunan.

“Nenek saya adalah dalam parti dan saya membesar dalam parti UMNO dan sudah tentu akan membantu,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramlee berkata rakyat di kawasan Bugaya mesti merasakan kehilangan setelah hampir dua tahun tanpa seorang wakil.

“Saya rasa risau juga kenapa lama kita tidak adakan pilihan raya kecil. Sedangkan di negeri-negeri seperti Sarawak Johor dan Melaka sudah…

“Saya menyarankan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya dapat percepatkan pilihan raya kecil,” katanya.

Bagaiamanapun, kalau dicalonkan, beliau akan menilai kesesuaian mengambil berat pengalamannya.

“Hasrat saya adalah kepada orang muda kerana kita sudah melalui fasa itu. Yang mana mampu, saya sudah curah dan kita beri laluan kepada orang lain yang mungkin lebih baik dari kita,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis perkahwinan anak lelakinya yang kedua.

Turut hadir ialah bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang mana pengantin peremuan merupakan kepada cucu beliau.