Kemalangan Motosikal Jalan UMS: Nenek, Teman Lelaki Maut

Kemalangan Motosikal Jalan UMS: Nenek, Teman Lelaki Maut

0
SHARE
Kemalangan
Mayat mangsa wanita di Jalan UMS ( Sumber Foto: Ihsan IPD KK )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita berusia 56 sempat menolak cucu perempuannya, 9, ke tepi, sebelum maut dilanggar motosikal di Jalan UMS berhampiran Kg Rampayan, di sini, pagi tadi.

Walau bagaimanapun, penunggang motosikal jenis SYM yang dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun turut kehilangan nyawa dalam kemalangan kira-kira 8.45 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, kedua-dua mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Pembonceng motosikal, yang merupakan teman wanita mangsa berusia 46 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian muka.

“Cucu mangsa pejalan kaki mengalami luka kecil di mulut dan telah dirawat di Hospital Likas,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa lelaki dalam perjalanan dari arah Indah Permai menuju ke One Borneo untuk menghantar teman wanitanya ke tempat kerja.

“Apabila sedang menunggang di lorong kanan, tiba-tiba mangsa wanita dari arah kiri telah melintas secara tiba-tiba dihadapan laluan menyebabkan mangsa penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu berlanggar,” katanya.

Katanya, kesemua pihak yang terlibat tidak disyaki mabuk namun spesimen milik mayat akan diambil setelah bedah siasat dijalankan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.