Seorang Remaja Ditembak Selepas Salah Ketuk Pintu Rumah

Seorang Remaja Ditembak Selepas Salah Ketuk Pintu Rumah

0
SHARE

KANSAS Seorang remaja lelaki ditempak di bahagian kepala selepas salah mengetuk pintu rumah di Kansas City, Missouri pada Khamis malam baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali Ralph Yarl, 16, dilaporkan ingin menjemput saudaranya pada jam 10.30 malam di NE 115th Terrace.

Bagaimanapun, menurut polis Kansas City seperti dilaporkan New York Post, Yarl keliru sebaliknya menuju alamat NE 115th Street – yang jaraknya hanya satu blok.

Yarl ditembak kepalanya dan dikejarkan ke hospital dan sempat sedar pada Ahad 16 April.

Pemilik rumah yang menembak Yarl ditahan dan dibebaskan selepas 24 jam.

Bukti kes didaftar sebagai kesalahan identiti, sedang dikumpul polis dengan jaksa Clay County mengambil alih kes tersebut.

Peguam hak awam, Ben Crump mengatakan, penembak boleh dituntut dan berkomentar bahawa tidak wajar menembak orang tanpa alasan ketika seseorang datang mengetuk pintu.

“Mengetuk pintu bukanlah alasan (untuk menembak),” ujar Crump.