Ganja 641.82 Gram Dirampas di Putatan, Lelaki Ditahan

Ganja 641.82 Gram Dirampas di Putatan, Lelaki Ditahan

0
SHARE

PENAMPANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Penampang menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dalam Op Tapis di Jalan Pantai Berahi, Putatan, petang semalam.

Hasil pemeriksaan menemui enam paket plastik lut sinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering disyaki ganja seberat 641.82 gram dengan nilai anggaran RM1,890.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah, selain usaha membanteras jenayah akan terus dipergiatkan.

“Orang ramai diseru agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.