Profesion Kejuruteraan Penting Dalam Menjayakan SMJ 2.0 – Hajiji

Profesion Kejuruteraan Penting Dalam Menjayakan SMJ 2.0 – Hajiji

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan peranan dan sumbangan profesion kejuruteraan dalam membantu merealisasikan agenda pembangunan negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Beliau berkata, komitmen dan kesiapsiagaan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah amat penting dalam menyokong usaha kerajaan negeri mencapai visi pembangunan yang mampan dan berdaya saing.

Hajiji berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi IEM Sabah yang diketuai pengerusinya, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Dalam pertemuan tersebut, IEM Sabah turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas sokongan berterusan terhadap pelbagai program kejuruteraan, termasuk penganjuran CAFEO yang berlangsung di negeri ini pada Oktober 2024.

Sementara itu, Mohd Yaakob dijadual menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi IEM Sabah pada Jun ini dan akan digantikan oleh Ir. Tan Kok Jyh yang kini memegang jawatan Naib Pengerusi cawangan berkenaan.