KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DUTA BESAR UKRAINE KE MALAYSIA

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DUTA BESAR UKRAINE KE MALAYSIA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Ukraine ke Malaysia, TYT Olexander Nechytaylo di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, kelmarin.

Olexander yang telah berkhidmat selama 6 tahun di Malaysia akan kembali ke negara asalnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang bersama Duta Besar Ukraine ke Malaysia, TYT Olexander Nechytaylo semasa kunjungan hormat perpisahan itu…

Selain sebagai Duta Besar Ukraine ke Malaysia, beliau juga menyandang jawatan Duta Besar bukan pemastautin ke negara Philipina dan Democratic Republic of Timor-Leste.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad dan Datuk Madiyem Laya-pan.