KOTA KINABALU, SABAH – Gesaan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor agar tempoh DARURAT dilajutkan menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan mendahulukan kepentingan rakyat.
“Saya tidak menganggap perkara tersebut berkaitan dengan kelangsungan politik tetapi hanya bersifat prihatin terhadap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” kata Presiden Persekutuan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FERTAS) Walter Kandayon.
Walter bersetuju dengan pandangan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GBS) bahawa sekiranya tempoh DARURAT dimansuh, kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk dua kerusi kosong di Sabah iaitu di Batu Sapi dan Bugaya untuk dilanjutkan tetap diambil kira.
Walter juga berpendapat walaupun Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi DUN Bugaya diadakan dan dengan anggapan pihak pembangkang menang, itu tidak akan mempengaruhi kedudukan kerjaan GRS kerana ia memperoleh majoriti selesa di DUN.
“Namun, untuk mengadakan pilihan raya kecil ketika kes baru COVID-19 terus meningkat setiap hari dan sewaktu usaha vaksinasi masih giat berjalan membawa padah kepada kesihatan rakyat,” katanya.
Pandangan Walter berbeza dengan pendapat penganalisis sosio-politik, Awang Azman Pawi, yang baru-baru ini mengatakan bahawa gesaan GRS untuk memperpanjangkan tempoh darurat adalah semata-mata bagi kelangsungan hidup politik (political survial) dan kononnya menentang sentimen rakyat yang ingin tempoh darurat berakhir secepat mungkin.
“Sabah mempunyai pengalaman buruk dalam hal ini pada bulan September tahun lalu ketika ketua kerajaan Negeri pimpinan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri,” katanya.
“Daripada mengakui kenyataan bahawa kerajaan npimpinan Warisan telah hilang majoriti DUN, Shafie pula meminta pembubaran Dewan untuk membuka jalan bagi Pilihan Raya Negeri…
“Dia (Shafie) seolah tidak mempedulikan atau tidak tahu bahawa perhimpunan besar orang ramai akan mencetus lonjakan kes COVID-19,” katanya lagi.
Katanya sebelum pilihan raya, Sabah mencatat penurunan kes positif secara beransur tetapi selepas sahaja pilihan raya itu, yang melihat keruntuhan Warisan dan sekutunya, kes-kes tersebut meningkat dengan mendadak ke tahap tertinggi.
“Sejak itu, jumlah kes COVID-19 di Sabah meningkat kepada jumlah 66,978, yang merupakan hampir 10 peratus daripada kes positif negara iaitu 678,764…
“Saya sangat yakin tindakan Hajiji dan pemimpin GRS lain untuk melanjutkan tempoh darurat adalah demi melindungi rakyat,” katanya, sambil memuji usaha kerajaan dalam memantapkan program vaksinasi bagi mencapai kekebalan kawanan.
Segala aktiviti yang mungkin menyebabkan lonjakan kes COVID-19 harus dihindari dan semua pihak juga harus mendukung usaha dan strategi kerajaan untuk meratakan lengkungan.
“Pemain industri pelancongan, termasuk mereka yang berada di kawasan pedalaman sangat terkesan oleh pandemik ini dan pada masa yang sama wang berjumlah besar terus dipertaruh bagi perlaksanaan vaksinasi besar-besaran yang sedang berlangsung untuk meratakan lengkungan kes COVID-19,” kata Walter.