KUALA LUMPUR – Sejak Dr Asyraf Wajdi cenderung menyokong kumpulan UMNO ‘Kluster Mahkamah’ dan kumpulan jajaran baharu Zahid UMNO, Anwar Ibrahim serta DAP, rasa bersalah MEMFITNAH seolah-olah tidak wujud lagi dalam diri Ketua Pemuda UMNO tersebut.
Sebelum ini, Dr Asyraf telah membuat satu hantaran melalui laman media sosial Facebook miliknya berbentuk kenyataan yang MEMFITNAH Parti BERSATU dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Dr Asyraf berkata; “Ada ramai tanya saya, Parti PN sudah siap sedia untuk hadapi PRU-15, Pemuda UMNO dan BN macam mana?.
Saya jawab, “Maaf sibuk fokus bantu rakyat dan perjuangkan isu-isu mereka, lagipun bukankah YAB PM minta fokus tangani Covid. Kalau tidak apa guna DARURAT.”
Dr Asraf juga turut memuat naik foto baju Perikatan Nasional (PN) yang sedang dicetak.

Walau bagaimanapun, selepas dikecam oleh sebilangan besar netizen Asyraf akhirnya telah memadam hantaran tersebut.
Sehingga kini Asyraf dilihat belum tampil memohon maaf selepas membuat hantaran FITNAH tersebut.

Menurut sumber rasmi, foto baju Perikatan Nasional (PN) yang sedang dicetak dan ditularkan oleh Asyraf adalah foto lama semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 diadakan.
Foto tersebut mula ditularkan oleh beberapa individu kononnya Perikatan Nasional (PN) sedang giat membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal Ketua Armada BERSATU turut menyatakan kekesalan beliau ke atas FITNAH yang dilemparkan merujuk kepada foto yang ditularkan tersebut.

Wan Ahmad berkata; “Itu gambar lama. Tanda pagar #AbahKitaBah adalah slogan yang digunakan sewaktu pilihanraya negeri (PRN) Sabah pada hujung tahun lepas.
“Saya harap agar fitnah sebegini dihentikan dan tidak sekali-kali dijadikan amalan. Fokus kepada khidmat masyarakat, ringankan beban rakyat, bukan tambah beban dosa.”
Mandela Malakun Naib Ketua ARMADA Nasional dalam satu kenyataan turut menzahirkan kekesalan beliau ke atas Asyraf kerana menyebabkan FITNAH terhadap Parti BERSATU dan turut mengesahkan foto yang ditularkan adalah foto baju yang digunakan semasa PRN Sabah ke-16 yang lalu.

Mandela berkata; “Asyraf Wajdi diminta menghentikan segala jenis fitnah yang sering dilontarkan oleh beliau ke atas Perikatan Nasional, Bersatu dan juga ke atas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ARMADA tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya hal ini berulang.”