Malaysia Negara Ketiga Di Asia Mempunyai Paling Ramai ‘Sugar Daddy’

Malaysia Negara Ketiga Di Asia Mempunyai Paling Ramai ‘Sugar Daddy’

0
SHARE

NEW DELHI, INDIA – Malaysia menjadi negara KETIGA mempunyai paling ramai bilangan ‘SUGAR DADDY’ dalam kalangan negara ASIA selepas India yang pertama dan Indonesia di tempat kedua.

India mengungguli senarai 10 teratas di Asia dengan 338,000 atau 61 peratus daripada jumlah keseluruhan 556,000 ‘sugar daddy’ di rantau ini yang mana diikuti Indonesia dengan jumlah 60,250 orang, demikian menurut satu tinjauan oleh laman sesawang temu janji terbesar di dunia, SeekingArrangement.

Firma temu janji itu, dalam satu kenyataan, berkata negara dengan kadar pendidikan tinggi terbukti lebih rentan terhadap aliran ini berikutan pelajar dibebani hutang.

Dikatakan Malaysia mencatat hutang tertunggak pinjaman pelajar sebanyak RM39 bilion pada 2018.

Memetik laporan BH Onlien, kenyataan itu melaporkan keputusan yang sama dicatatkan di Korea Selatan dan Jepun, di mana masing-masing mencatat 90 peratus dan 76 peratus dari segi keutamaan terhadap pendidikan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement, Brandon Wade, berkata jurang antara kaya dan miskin di Asia yang semakin melebar dalam dua dekad terakhir mendorong lebih banyak wanita mencari lelaki yang lebih tua atas pelbagai alasan.

“Pentas seperti SeekingArrangement membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki yang lebih kaya atau mewah…

“Mereka bukan sekadar menyelesaikan masalah kewangan wanita terbabit, malah menjadi mentor atau batu loncatan bagi masa depan lebih baik untuk ‘sugar babies’ berkenaan,” katanya.

Wade juga menyatakan bahawa ekonomi Asia yang berkembang pesat turut menarik banyak pelabur asing untuk melebarkan perniagaan mereka di rantau ini.

Justeru, tidak menghairankan Asia menjadi kancah temu janji bagi ‘sugar daddy’ dan ‘sugar baby’ terutama dalam kalangan penduduk bandar.

Selepas Malaysia, Jepun berada di tempat keempat dengan 32,500 ‘sugar daddy’ diikuti Hong Kong di tempat kelima (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000), Sri Lanka (5,000) dan Kemboja (3,500).