Polis Hadiahkan Kek Hari Jadi Buat Penjenayah Paling Dikehendaki

Polis Hadiahkan Kek Hari Jadi Buat Penjenayah Paling Dikehendaki

0
SHARE
Sumber Foto: Facebook Altavas Municipal Police Station...

MANILA, FILIPINA Polis memberi hadiah kek hadiah hari jadi buat Allan Barrientos Delos Angeles, seorang penjenayah paling di kehendaki di Bataraza, Palawan.

Menurut sumber, suspek penjenayah selama ini hidup dalam persembunyian sejak waran tangkap dikeluarkan terhadapnya pada 1996.

Baru-baru ini Angeles yang diburu polis atas dakwaan pemilikan senjata api secara haram dan pembunuhan telah berjaya ditangkap yang mana hari penangkapannya jatuh pada hari jadinya, menurut maklumat dari Balai Polis Perbandaran Altavas.

Semasa dalam proses menguruskan kertas kerja penahanannya, kakitangan Altavas PNP mendapati hari tersebut ialah hari lahirnya, ekoran itu polis membuat kejutan untuknya dengan menghadiahkan kek hari jadi kepadanya ihsan Altavas PNP.

Media tempatan PhilSTAR Life melaporkan, Angeles dibebaskan keesokan harinya selepas membayar ikat jamin RM4,914 (60,000 peso) dan RM16,382 (200,000 peso).

Angeles dikatakan memberi kerjasama penuh semasa ditangkap dan menyuarakan hasrat untuk membersihkan namanya.