KOTA KINABALU, SABAH – Universiti Teknologi Petronas (UTP) ingin menyumbang kepada usaha melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta berkebolehan untuk Sabah.
Naib Canselor UTP, Profesor Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata pihaknya memandang serius isu kekurangan sumber tenaga dalam industri minyak dan gas di mana Sabah sedang membangun.
Memetik Sinar Harian, beliau berkata mahu memastikan graduan UTP dapat pulang ke negeri Sabah untuk menyumbang dan seterusnya membangunkan industri negeri mereka sendiri.
“Saya rasa ada pengakuan bahawa Sabah kekurangan dari segi tenaga sumber manusia dan ia antara cara atau peluang untuk institusi di seluruh negara memberikan kemahiran serta pengetahun mereka bagi menaikkan industri itu di negeri ini.
“Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada kerajaan negeri sendiri,” katanya pada program UTP bersama media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.
Mohamed Ibrahim berkata walaupun tiada statistik alumni yang kembali ke Sabah, beliau yakin tidak ramai yang pulang ke Sabah.
Setiap tahun, UTP menerima tidak lebih 50 pelajar dari Sabah.
“Kita lihat banyak potensi disediakan oleh kerajaan Sabah dan sudah tentu mereka diperlukan untuk berbakti serta membantu menaikkan industri ini…