Didakwa Punyai ‘Hubungan Rapat’, Pihak Zoo Larang Seorang Wanita Lawat Cimpanzi Jantan

Didakwa Punyai ‘Hubungan Rapat’, Pihak Zoo Larang Seorang Wanita Lawat Cimpanzi Jantan

0
SHARE
Adie Timmermans didakwa mempunyai 'hubungan rapat' dengan seorang cimpanzi jantan bernama Chita selepas empat tahun sering melawat haiwan tersebut... 

ANTWERP, BELGIUM – Pihak pengurusan Zoo Antwerp di sini melarang seorang wanita mengunjungi tempat itu semata-mata untuk berjumpa seekor cimpanzi jantan yang ada di dalam zoo tersebut.

Memetik laporan The Sun baru-baru ini, Adie Timmermans didakwa mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan cimpanzi jantan yang Chita itu selepas mendapati wanita itu sering mengunjungi zoo semata-mata berjumpa Chita selama tempoh empat (4) tahun.

Keadaan berkenaan  menyebabkan Chita mengalami masalah sosial dalam kalangan kawanannya spesisnya, menurut penjaga cimpanzi

Menurut penjaga cimpanzi itu, ‘hubungan rapat’ Chita dengan  Timmermans menyebabkan Chita telah disisihkan daripada cimpanzi-cimpanzi lain dan tidak dianggap sebahagian daripada kawanan tersebut.

Justeru, bagi menambah baik hubungan Chita dengan spesiesnya, pihak zoo telah mengeluarkan amaran yang melarang Timmermans daripada menghampirinya dan memintanya untuk tidak memandang haiwan tersebut.

“Sudah tentu kami berasa gembira apabila ada pengunjung yang berasa dekat dengan haiwan-haiwan di sini, namun kebajikan haiwan adalah lebih penting…

“Kami ingin menggembirakan Chita. Apabila ia sering sibuk melayan pengunjung, monyet-monyet lain menyisihkannya dan tidak menganggapnya sebagai sebahagian daripada kumpulan itu.

“Ini menyebabkan ia terpaksa duduk sendirian ketika di luar waktu melawat,” kata seorang kuratori Zoo Antwerp, Sarah Lafaut.

Sementara itu, Timmermans menyifatkan larangan itu sebagai sesuatu yang tidak adil serta mendakwa bahawa dia menyayangi Chita selain larangan itu hanya dikenakan ke atasnya, dan bukan pengunjung lain.

“Saya menyayangi Chita dan ia menyayangi saya. Mengapa mereka ingin melarang hubungan kami? Pengunjung-pengunjung lain dibenarkan bertentangan mata dengannya, kenapa saya tidak boleh?

“Selama empat tahun Chita sering datang kepada saya apabila ia melihat saya. Ia melambai dan mengucup saya melalui tingkap. Apa kesalahan yang saya lakukan?” soalnya.

Namun, Timmermans terpaksa akur dengan arahan itu kerana risau dia berkemungkinan dilarang untuk memasuki zoo tersebut itu lagi.