Kerajaan Negeri Diminta Kaji Semula 900 Ekar Tanah Bergeran Di Kuala Pintasan...

Kerajaan Negeri Diminta Kaji Semula 900 Ekar Tanah Bergeran Di Kuala Pintasan – Salleh

0
SHARE
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

KOTA BELUD, SABAH – Kerajaan Negeri diminta mengkaji semula status tanah begeran sekitar 900 ekar di Kuala Pintasan, Kota Belud.

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata terdapat pelanggaran syarat-syarat pada geran tersebut dan Jabatan Tanah dan Ukur perlu mengkaji perkara itu secara menyeluruh.

“Saya difahamkan tanah tersebut kini tidak diusahakan sejak ianya diberikan dan telah dijual kepada pihak ketiga…

“Jika perlu, pemberian geran tersebut wajar ditarik semula. Pekara ini suda saya bangkitkan dahulu lagi semasa saya menjadi Ahli Parlimen,” katanya dalam sebuah catatan pada laman Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu berkata Kerajaan Negeri perlu sentiasa waspada dan menilai balik status penggunaan tanah agar ia dapat diusahakan sebaiknya untuk kebaikan rakyat.