KWSP Tutup Sementara Pejabat Dan Kaunter Di Kota Kinabalu Bermula Hari Ini,...

KWSP Tutup Sementara Pejabat Dan Kaunter Di Kota Kinabalu Bermula Hari Ini, 7 Okt

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di Kota Kinabalu mulai hari ini, 7 Okt 2020 (Rabu) hingga dimaklumkan kelak.

Ia berkata ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga kawasan di Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

“Sehubungan itu, semua permohonan Janji Temu Dalam Talian (JTO) ke KWSP Kota Kinabalu akan dibatalkan serta merta.

“Ahli yang telah membuat janji temu di pejabat Kota Kinabalu yang dijadualkan dalam tempoh PKPB perlu membuat semula janji temu mereka setelah perintah kawalan tamat,” menurut KWSP dalam kenyataannya semalam.

Memetik laporan Bernama, dana persaraan itu juga berkata ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.

Pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter, katanya.

Ahli dan majikan disaran mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja dan hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03- 8922 6000 untuk penjelasan lebih lanjut.

“Pada masa yang mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli melalui cawangan atau saluran digital…

“Kesihatan dan keselamatan ahli serta kakitangan KWSP tetap menjadi keutamaan. Segala kesulitan amatlah dikesali,” menurut KWSP.