PUTRAJAYA – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, demikian menurut kenyataan Timbalan Pengarah (Dasar Kepenjaraan) Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim.
Menurut laporan Bernama, Supri dipetik berkata pada Isnin lalu (27 Nov) Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menziarahi Anwar yang pada ketika itu masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu, menurut pakar perubatan HKL, kesihatan Anwar yang menjalani pembedahan di bahagian bahu kanan, semakin pulih.
Pembedahan itu dilakukan ekoran kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Anwar dari HKL ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya September lalu.