Gara-Gara Ingin Meraih ‘View’, Pasangan Suami Isteri Berlakon Diserang Pembuli Jalanan

Gara-Gara Ingin Meraih ‘View’, Pasangan Suami Isteri Berlakon Diserang Pembuli Jalanan

0
SHARE
Tangkap layar dari video yang tular menunjukkan seorang lelaki dikatakan membuli pengguna jalan di Jalan Putatan...

PENAMPANG – Hanya kerana ingin meraih ‘view’ di media sosial, pencipta konten iaitu sepasang suami isteri sanggup melakukan aksi lakonan yang ‘extreme’ di mana mereka diserang oleh seorang pembuli jalanan.

Aksi lakonan mereka itu difahamkan dirakam di Jalan Putatan, di mana seorang pemandu kereta Perodua Myvi Putih kononya sedang membuli pasangan suami isteri tersebut yang menaiki kereta kenderaan lain dengan menggunakan kekasaran.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya terkesan dengan dua video yang masing-masing berdurasi tiga minit 35 saat dan empat minit tiga saat yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah memanggil pemilik akaun media sosial terbabit ke balai polos untuk mendapatkan keterangan lanjut…

“Hasil siasatan mendapati tujuan video itu dimuat naik adalah untuk konten di media sosial dan ia hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah tontotan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan daripada itu, Mohd Haris berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memuatnaik dan berkongsi bahan di media sosial kerana dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.