KOTA KINABALU, SABAH – Jentera parti Umno/Barisan Nasional perlu berjuang berhabis-habisan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) yang disifatkan sebagai pilihan raya antara “Hidup dan Mati” untuk menentukan samaada Umno/BN dapat mengemudi negara semula ataupun sebaliknya.
Sehubungan dengan itu Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berharap jentera parti Umno/BN disemua peringkat perlu melihat PRU-15 kali ini sebagai sesuatu yang serius dan berjuang semaksimum mungkin bagi mempastikan kemenangan semua calon-calon BN/GRS di kawasan masing-masing,
“Pilihan raya kali ini adalah penentu kepada ‘hidup dan mati kita’…
“Sewaktu kita kalah pada PRU ke-14 tidak ada dalam kalangan kita yang memikirkan bahawasanya UMNO/BN boleh bangkit semula.
“Di Sabah ketika Pilihanraya Kecil (PRK) Kimanis tahun 2019 ketika Umno/BN berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, tidak siapa menduga kita mampu berhadapan dengan parti Warisan yang ketika itu menjadi parti pemerintah di Sabah, namun dengan semangat juang kita yang tinggi dan Allah SWT lorongkan satu peluang kita berjaya membuktikan Umno/BN belum terkubur di negeri ini dan semangat itu perlu kita bawa dan perhebatkan semasa menghadapi PRU Ke-15 ini “ jelas Bung selepas mengadakan perjumpaan dengan sayap-sayap parti Wanita,Pemuda dan Puteri di Pejabat Perhubungan Umno Sabah kemarin.
Hadir sama Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin Pengarah Pilihanraya BN Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Said ,Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad ,Ketua Pemuda Umno Sabah Datuk Abdul Aziz Julkarnain dan Ketua Puteri Umno Sabah Datuk Dr.Fadilah Sabri.
Menurut Bung sayap-sayap parti Wanita,Pemuda dan Puteri tahu peranan mereka masing-masing justeru tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan sepenuhnya di kawasan masing-masing agar peluang keemasan ini tidak terlepas di pihak pembangkang.
“Wanita dengan Jalinan Rakyatnya (JR) Pemuda bersama gerak gempur dan mendekati pengundi muda begitu juga puteri dengan infromasi Maklumat(IT) khususnya memainkan peranan mengawal media sosial ,jika kompenan ini dapat digerakkan sepenuhnya sudah tentu usaha mendekati pengundi lebih berkesan” jelas Bung,
Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata perlu ditekankan semasa berkempen politik Umno/BN adalah politik khidmat yang tidak pernah meninggalkan rakyat bukanya seperti politik pembangkang dengan politik fintah,menghasut rakyat dan menaburkan janji-janji manis.
Bung menambah dalam PRU15 kali jalinan kerjasama antara BN/GRS sudah pun dipersetujui dan perjanjian secara bertulis akan dimetrikan dalam tempoh terdekat justeru semua pihak samaada dari BN atau GRS perlu menghormati perjanjian dan kerjasama yang telah dipersetujui tanpa sebarang unsur sabotaj semasa PRU kali ini.
“Saya memahami perasaan ahli-ahli Umno, ada sebahagian kawasan terpaksa kita lepaskan kerana menghormati jalinan kerjasama ini, yang penting bagi kita jalinan kerja sama BN/GRS ini mampu menyumbangkan kemenangan besar bagi BN menerajui putera jaya kerana itu ianya menuntut pengorbanan dari semua pihak bagi mempastikan kestibilan politik dan kemakmuran negeri dan rakyat terus terpelihara” katanya.