Sabah Kembali Catat Bawah Paras Angka Seribu Selepas Rekodkan 962 Kes COVID-19...

Sabah Kembali Catat Bawah Paras Angka Seribu Selepas Rekodkan 962 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Sabah kembali menurun ke bawah paras angka seribu iaitu dengan 962 KES dicatat hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata catatan julat tersebut adalah buat yang pertama kalinya sejak 5 Ogos lalu.

“Jumlah ini merupakan satu penurunan sebanyak 311 kes berbanding semalam. Hari ini tidak ada Daerah yang mencatat jumlah kes tiga angka seperti sebelum ini…

“Ini satu petanda baik. Pada peringkat ini, masih terlalu awal untuk meramalkan samada trend penurunan ini akan berterusan,” jelasnya.

Kota Kinabalu merekodkan 91 kes hari ini, satu penurunan signifikan sebanyak -112 kes. Lahad Datu turun -45 kes, Kota Marudu -33 kes, Keningau -20 kes, Penampang -18 kes, Beluran -40 kes, Telupid -24 kes dan Tongod -31 kes.

Antara daerah yang mencatatkan peningkatan ialah Tawau +21 kes, Putatan +17 kes, Kalabakan +16 dan Tuaran +10 kes.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 492 kes ataupun 51 peratus dari jumlah keseluruhan.

Masidi berkata peratusan tinggi jumlah pesakit kategori saringan bergejala adalah satu peringatan agar kita semua meningkatkan usaha mematuhi prosedur operatsi standard (SOP).

“Kes bergejala yang juga dikenali sebagai kes sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP dan penjagaan kesihatan diri…

“Hari ini 38.3 peratus kes di Sabah adalah daripada kategori saringan bergejala, satu peratusan yang agak tinggi.

“Sebagai perbandingan, 61 peratus kes di Lahad Datu adalah kategori saringan bergejala, 84.6 peratus di Kalabakan, 44.4 peratus di Sandakan, 45.3peratus di Tawau dan 37.3 peratus di Kota Kinabalu,” tegas beliau.

Katanya lagi, kebanyakkan pesakit berada dalam Kategori 2 penyakit tersebut iaitu dengan 717 kes atau 74.53 peratus sementara terdapat tujuh (7) kes dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (25 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 91 (203)
Sandakan – 81 (85)
Lahad Datu – 73 (118)
Tuaran – 70 (60)
Kota Marudu – 65 (98)
Tawau – 64 (43)
Keningau – 61 (81)
Papar – 53 (47)
Penampang – 48 (66)
Putatan – 48 (31)
Kota Belud – 43 (47)
Ranau – 35 (36)
Tenom – 32 (31)
Kudat – 28 (40)
Kalabakan – 26 (10)
Beluran – 25 (65)
Pitas – 25 (39)
Beaufort – 18 (19)
Nabawan – 17 (26)
Tambunan – 13 (14)
Semporna – 10 (9)
Kinabatangan – 9 (13)
Kunak – 8 (18)
Kuala Penyu – 6 (1)
Telupid – 6 (30)
Sipitang – 5 (10)
Tongod – 2 (33)