
KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan bomba menyelamatkan seorang bayi berusia sembilan bulan yang terkunci di dalam sebuah Perodua Myvi di Jalan Gaya berhampiran RHB Bank pagi tadi.
Seorang jurucakap agensi penyelamat itu berkata panggilan kecemasan diterima jam 11.28 pagi dan sepasukan dua tiba 7 minit kemudian.
“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta terkunci dengan menggunakan peralatan khas.
“Setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 11.44,” katanya.
Sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah itu berkata bayi terbabit berasa dalam keadaan selamat.