MATUNGGONG, SABAH – Kerajaan Negeri mengeluarkan 1,330 geran Hakmilik Anak Negeri (NT) membabitkan hampir 7,000 ekar tanah di seluruh Sabah sejak 12 Mei tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata hak milik tanah itu diberikan kepada pemohon di Pitas (206), Telupid (181), Tongod (611), Bandau (51) dan 281 di sini hari ini.
Ketua Menteri menyampaikan hakmilik tanah seluas 1,546.68 ekar dalam satu majlis di Dewan Terbuka Matunggong.
“Lebih banyak permohonan akan diluluskan apabila pemprosesan selesai,” katanya…
Hajiji turut memberi jaminan bahawa permohonan Adun Matunggong Datuk Julita Majungki antaranya untuk memartabatkan Matunggong menjadi daerah penuh, pembaikan jalan dan Dewan Masyarakat baharu sedang dipertimbangkan.
Turut hadir Menteri sementara di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Menteri Muda Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ruddy Awah dan Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur Wahab Kanak.