Hanya Sedikit Penurunan Kes Harian COVID-19 Hari Ini

Hanya Sedikit Penurunan Kes Harian COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan penurunan marginal 14 kes berbanding jumlah semalam dengan angka jangkitan baharu sebanyak 402 KES hari ini.

Daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran yang sering menjadi daerah penentu jumlah keseluruhan kes harian di Sabah mencatatkan kes lebih rendah hari ini.

“Kota Kinabalu mencatat 119 kes (-18), Penampang 34 kes (-9), Papar 31 kes (-18) dan Tuaran 17 kes (-15)…

“Jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka bertambah daripada 7 daerah semalam kepada 13 daerah hari ini.

“Sebanyak 11 daerah pula mencatatkan kes satu angka sementara Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam rumusan harian kes.

Dalam pada itu, tiga kluster diisytihar tamat hari ini. Dua daripadanya di Daerah Ranau iaitu Kluster Puri Ranau dan Kluster Jalan Sugut Ranau. Satu kluster lagi ialah Kluster Kuala Tongod di Daerah Tongod.

Dengan penamatan tiga kluster ini, baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah sembilan (9) kluster.

Dua (2) kes berada dalam Kategori 3, tujuh (7) dalam Kategori 4 dan lima (5) lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (22 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 119 (137)
Penampang – 34 (43)
Papar – 31 (49)
Sandakan – 23 (10)
Keningau – 21 (9)
Kota Marudu – 19 (15)
Beaufort – 19 (19)
Tuaran – 17 (32)
Putatan – 15 (9)
Tawau – 13 (4)
Kuala Penyu – 12 (12)
Kudat – 11 (9)
Tambunan – 10 (9)
Pitas – 10 (9)
Kota Belud – 9 (5)
Tenom – 8 (5)
Sipitang – 7 (6)
Lahad Datu – 6 (6)
Ranau – 6 (4)
Kunak – 3 (5)
Beluran – 2 (9)
Telupid – 2 (4)
Kinabatangan – 2 (3)
Kalabakan – 2 (2)
Nabawan – 1 (0)
Semporna – 0 (0)
Tongod – 0 (1)