Tapak Mahkamah Anak Negeri Tawau Telah Dikenalpasti

Tapak Mahkamah Anak Negeri Tawau Telah Dikenalpasti

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tapak tanah bangunan Makhamah Anak Negeri Tawau yang baharu telah dikenal pasti kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau yang juga Menteri Kewangan II Sabah, menjawab Hamid Hj. Awang (Balung) di Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

“Bilakah kementerian dapat membina Mahkamah Anak Negeri yang baharu di daerah Tawau memandangkan Pejabat Mahkamah Anak Negeri Tawau yang selama ini menumpang di bawah Majlis Perbandaran Tawau dalam keadaan serba kekurangan,” kata Hamid.

Masidi berkata, setakat ini, cadangan tapak tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri daerah Tawau telah dikenalpasti dan direkodkan di Jurukur Daerah.

“Dan ianya sedang dalam proses pewartaan,” kata Masidi.