Hari Ketiga Sidang Lengkap Penggulungan Perbahasan

Hari Ketiga Sidang Lengkap Penggulungan Perbahasan

0
SHARE
Dun
Shahelmey (tengah) bersama Limus (kiri) dan ADUN Bingkor, Robert Tawik ketika membincangkan sesuatu sebelum sidang DUN bermula ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Keenam Belas hari ini berjaya melengkapkan sesi penggulungan perbahasan oleh lapan lagi kementerian.

Sebelum ini, tiga kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Belia dan Sukan sempat membuat penggulungan perbahasan.

Terdahulu, sesi pagi yang bermula pada jam 10.00 pagi itu sempat mengutarakan sembilan soalan yang dijawab oleh kementerian-kementerian berkaitan.

Kehadiran semalam merekodkan 74 ADUN termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, manakala lima lagi tidak hadir iaitu ADUN Kadamaian, Bandau, Silam, Kapayan dan Limbahau.

Mesyuarat yang masuk hari ketiga ditangguhkan oleh Speaker DUN Sabah Datuk  Kadzim M. Yahya pada jam 7.25 malam Rabu. — JABATAN PENERANGAN SABAH