Hospital Kerajaan Di Negeri Sabah Dalam Keadaan ‘Agak Baik’ – KJ

Hospital Kerajaan Di Negeri Sabah Dalam Keadaan ‘Agak Baik’ – KJ

0
SHARE
Khairy dalam sidang media di kawasan Wad TIBI Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang terjejas akibat tanah runtuh...

KOTA KINABALU, SABAH – Kapasiti Hospital Kerajaan di Sabah dalam menangani kemasukkan pesakit penghidap COVID-19 berada dalam keadaan “agak baik” berbanding dua minggu lepas.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menjelaskan berdasarkan taklimat pengarah Hospital Queen Elizabeth, Dr. William Gotulis, wad pesakit di peringkat Unit Rawatan Rapi (ICU) mahupun wad biasa dan kecemasan tidak terjejas.

Dalam satu sidang media hari ini (6 Sept), Khairy menjelaskan kadar penggunaan katil di ICU Sabah sudah mencecah 90 peratus (90%) dan penggunaan alat bantuan pernafasan sebanyak 46 peratus (46%).

Katanya, bagi membantu petugas kesihatan Sabah, seramai 97 daripada 150 pegawai lantikan tetap telah diarahkan melapor diri di Sabah pada 2 Ogos, manakala 50 pegawai perubatan akan ditawarkan lantikan tetap bermula 13 September.

Mengenai tanah runtuh yang memusnahkan klinik dan makmal wad tuberkelosis (TIBI) Hospital Queen Elizabeth ekoran banjir kilat pada Sabtu lalu, Khairy berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dalam proses menilai anggaran kerosakkan.

Beliau berkata beberapa usaha pembangunan kecemasan terpaksa dilakukan dengan kadar segera kerana kawasan yang terjejas diklasifikasikan tidak selamat buat masa ini.

“Selepas mendapatkan anggaran kerosakkan tersebut kita akan mohon peruntukan bagi memastikan cerun ini selamat dan tidak mengundang keselamatan kepada bangunan lain yang berada di sini,” katanya.

Mengenai isu kesesakan pada pusat pemberian vaksin (PPV) yang tular selepas kaedah ‘walk in’ (tanpa temu janji) diberikan, beliau berkata orang awam harus sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita tidak boleh elak orang ramai dari datang. Kadar vaksinasi meningkat mungkin sebab ramai sedar terhadap kepentingan vaksinasi…

“Pengurus PPV dan pasukan penguatkuasa yang terlibat sudah diarah untuk mengetatkan pematuhan supaya perkara itu tidak lagi berulang,” jelasnya.