Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

0
SHARE

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin akan didakwa di mahkamah di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan Fahmi Abd Moin yang merupakan peguam kepada bapa kanak-kanak autistik itu.

“Ya ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam, namun saya tidak dapat kongsikan mereka didakwa atas pertuduhan apa, kerana tidak mahu mendahului pendakwa raya,” katanya pagi tadi.

Sementara itu, pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya telah dibanjiri pengamal media pagi tadi bagi mengikuti rapat kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Kelibat ahli keluarga kanak-kanak malang itu juga turut kelihatan bagi memberikan sokongan terhadap ibu bapa serta datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan.

Permohonan reman bagi ibu bapa Zayn Rayyan tamat hari ini dan persoalan sama ada pasangan terbabit didakwa dijangka diketahui jam 10 pagi ini.

Manakala bagi datuk dan nenek sebelah bapa mangsa pula, polis akan membuat permohonan reman untuk membantu siasatan kes tersebut