KOTA KINABALU, SABAH – Rombongan Persatuan Industri Sabah (FSI) diketuai Presiden Richard Lim telah memberi kunjungan hormat kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di pejabat beliau hari ini.
Dalam pertemuan itu, Masidi dan FSI telah bertukar pendapat berkenaan pelbagai topik dalam perbincangan mereka.
Antaranya adalah sokongan Masidi kepada FSI dalam program sanitasi sekolah yang bakal dilangsungkan dalam masa terdekat.






