Ekonomi Sabah Pulih Bawah GRS, Warisan Tinggal Legasi Kegagalan – Roland

Ekonomi Sabah Pulih Bawah GRS, Warisan Tinggal Legasi Kegagalan – Roland

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Inanam, Datuk Dr Roland Chia Ming Shen menempelak kenyataan Justin Wong yang mendakwa GRS gagal mengurus ekonomi Sabah.

Beliau berkata, fakta menunjukkan sebaliknya.

“Warisan (2018–2020) meninggalkan legasi ekonomi runtuh. Pada 2020, KDNK Sabah merosot -9.1 peratus, kehilangan hampir RM8 bilion. Itu warisan sebenar Shafie Apdal,” katanya.

Menurutnya, selepas GRS mengambil alih, Sabah kembali mencatat pertumbuhan positif: +1.5 peratus (2021), +3.9 peratus (2022), +1.3 peratus (2023) dan +1.1 peratus (2024), dengan KDNK kini RM84.3 bilion.

Roland turut menegaskan hasil negeri melonjak daripada RM4.2 bilion (2019) kepada hampir RM7 bilion pada 2022–2023, manakala rizab kewangan meningkat daripada RM3.2 bilion kepada RM8.6 bilion pada 2024.

“Rekod jelas membuktikan GRS mengukuhkan asas ekonomi Sabah. Warisan hanya bermain angka untuk mengaburi rakyat,” katanya.