Individu Lengkap Vaksin Boleh Masuk Sarawak Tanpa Mohon ‘EnterSarawak’

Individu Lengkap Vaksin Boleh Masuk Sarawak Tanpa Mohon ‘EnterSarawak’

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUCHING, SARAWAK – Individu dari negeri lain lengkap vaksinasi COVID-19 yang ingin memasuki Sarawak tidak lagi perlu membuat permohonan menerusi ‘EnterSarawak’.

Saringan COVID-19 juga tidak wajib bagi individu yang lengkap divaksin, demikian menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Bagaimanapun, mereka yang belum lengkap divaksinasi wajib membuat saringan TIGA (3) hari sebelum masuk ke Sarawak.

Katanya, individu yang masuk ke Sarawak masih perlu mengisi borang pengisytiharan e-kesihatan (eHDF).

“Mereka yang belum lengkap divaksin wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak dan mengisi eHDF,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Individu dari luar negara yang masuk ke Sarawak, katanya, wajib membuat permohonan menerusi EnterSarawak dan mengisi eHDF.

“Saringan COVID-19 juga perlu dibuat tiga hari sebelum memasuki Malaysia dan perlu menjalani kuarantin tujuh hari dari tarikh kemasukan ke negara ini bagi yang lengkap vaksin dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksin.

“Pengembara luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang,” katanya.