KOTA KINABALU, SABAH – Sandakan yang meraih lima emas pingat emas, dua perak dan empat gangsa muncul juara keseluruhan acara ping pong sempena Temasya Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10.
Ketua Jurulatih, Wong Meng Loong berkata, pihaknya akan terus fokus untuk memperbaiki mutu permainan sebagai persediaan untuk Sukan Sabah akan datang memandangkan kebanyakan daripada mereka masih layak untuk menyertai.
Beliau yang berpengalaman sebagai jurulatih selama lebih sepuluh tahun berharap sekurang-kurangnya pasukan tersebut dapat mengekalkan prestasi dan jumlah pungutan pingat.
Di tempat kedua pula adalah kontinjen Tawau dengan pungut satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa, diikuti kontinjen Papar di tempat ketiga dengan satu emas dan satu gangsa.
Acara ping pong berlangsung selama tiga hari mulai Khamis mempertandingkan tujuh kategori iaitu berpasukan lelaki dan wanita, beregu lelaki, wanita dan campuran serta perseorangan lelaki dan wanita.
Sementara itu, di Dewan Sri Sulaman Tuaran, pertandingan sepak takraw yang bermula hari ini hingga 21 Disember depan mempamerkan aksi lapan pasukan lelaki dan tujuh pasukan wanita.
Pada kejohanan kali ini, enam kategori akan dipertandingkan iaitu tiga kategori lelaki dan tiga kategori wanita masing-masing melibatkan acara berpasukan, regu dan beregu.
Manakala, di Dewan Sri Putatan juga menyaksikan pertandingan pencak silat putra dan putri di peringkat awal melibatkan 51 perlawanan dari 26 pasukan dalam enam kategori iaitu Kelas A (45kg – 50kg , B (50kg – 55kg, C (55kg – 60kg, D (60kg – 65kg) dan E (65kg – 70kg) dan F (70kg – 75kg).
Acara menimbang berat itu dijalankan seawal jam 8 pagi, disusuli dengan pertandingan bermula jam 9 pagi hingga jam 5.30 petang. — JABATAN PENERANGAN SABAH