Jabatan Imigresen Sabah Berjaya Sekat Kemasukan PATI Indonesia

Jabatan Imigresen Sabah Berjaya Sekat Kemasukan PATI Indonesia

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Jabatan Imigresen Sabah berjaya menyekat percubaan sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia untuk masuk ke dalam negara ini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata kumpulan terdiri daripada 22 individu itu sampai di persisiran pantai dekat Jalan Tawau Lama sini menggunakan bot laju.

“Hasil maklumat dari orang awam berjaya mengesan PATI sedang bertapuk disebalik semak di pantai itu pada pukul 5.15 petang hari ini…

“Anggaran umur tahanan semuda 6 hingga 60 tahun. Mereka merupakan 11 lelaki dan 8 wanita dewasa manakala yang lain adalah kanak-kanak.

“Kesemuanya tidak mempunyai sebarang pasport atau dokumen pengenalan diri,” katanya.

Individu terbabit akan disiasat di bawah Akta Imigresen.

“Kerjasama antara pihak polis dan agensi kerajaan yang lain melalui Ops Bersepadu akan diteruskan bagi mengekang kemasukan PATI dan penularan COVID-19,” tambah beliau.