Pekerja Kilang Menemukan Mayat Seorang Lelaki Dipercayai Pencuri Kabel Elektrik

Pekerja Kilang Menemukan Mayat Seorang Lelaki Dipercayai Pencuri Kabel Elektrik

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang lelaki dipercayai pencuri kabel elektrik ditemui dalam longkang berbekas hasilnya disebalik sebuah kilang di Inanam sini kemarin.

Pemangku ketua polis daerah, Superintendan George Rakman berkata beberapa saksi mendengar suara antara dua atau tiga orang lebih kurang pukul 3 pagi tetapi tidak memikirkannya.

Pekerja kilang tersebut dikejutkan dengan penemuan mayat itu pada jam 10.30 di sebelah pagi dan terus bertindak memaklumkan majikan mereka.

“Identiti lelaki berumur dalam lingkungan 30 tahun itu masih dalam siasatan.

“Pemeriksaan lanjut pada lokasi telah menjumpai beberapa utas kabel lain dipercayai digunakan untuk mencuri tenaga dari sebuah tiang berdekatan kilang berkenaan…

“Tenaga curi ini dipercayai disalur untuk kegunaan penduduk setinggan berhampiran Kampung Lembaga Padi sini,” kata George.

Mayat telah dihantar untuk bedah siasat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut atas tiada ketiadaan unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hasan berkata maklumat berkait kes kecurian tenaga elektrik pula patut disalur kepada mereka.

“Kecurian tenaga elektrik bukan sahaja merugikan negeri ini tetapi membahayakan nyawa si pencuri. Beribu pelanggan SESB juga akan mengalami gangguan bekalan tenaga…

“Pihak SESB sentiasa membuat pemantauan namun begitu maklumat daripada orang awam sangat membantu dalam membanteras jenayah ini,” katanya.

Mengulas lebih lanjut Norhiazami berkata bukan sahaja penduduk setinggan yang menjadi dalang malah hotel, kilang dan individu itu sendiri.

“Terdapat beberapa insiden dimana pemilik rumah menjual tenaga elektrik secara haram…

“SESB akan terus mempertingkat kesedaran orang awam tentang hal ini melalui media massa dan program sosial korporat (CSR),” katanya.