Gempar! Kanak-Kanak Perempuan Didakwa Dibela ‘Pontianak’

Gempar! Kanak-Kanak Perempuan Didakwa Dibela ‘Pontianak’

0
SHARE

INDONESIA – Tular di media sosial Indonesia dimana seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dibela oleh ‘pontianak’.

Kisah Tiara Kartika, yang diberi gelaran ‘anak puntianak’ itu menjadi tular selepas penduduk bernama Karol Inoviani memuat naik video mengenai kanak-kanak itu di akaun peribadi YouTube pada 28 Julai lalu.

Selain gelaran `anak pontianak’ Tiara rupa paras yang jelita turut menjadi perhatian dalam kalangan warganet di negara itu, lapor Tribunnews.

Difahamkan, penjaga Tiara yang bernama Nenek Nur berkata, dia menemui Tiara ketika masih bayi di tengah hutan. Kemudian Nenek Nur membawa Tiara pulang dan menjaganya sehingga dia dewasa.

Sehingga kini, masih tidak diketahui berapa umur sebenar Tiara, namun menurut Nenek Nur dia menemuinya pada 11 tahun lalu. Lokasi kediaman dan rakaman video itu juga tidak dapat diketahui.

Tiara mengakui dia pernah bersekolah sehingga darjah tiga di sekolah rendah. Namun dia kemudiannya berhenti kerana sering dibuli oleh rakan sekelasnya dan mereka memberi jolokan sebagai ‘anak pontianak’ kepadanya.

Menurut Tiara, panggilan itu diberi selepas mereka melihat Tiara sedang dalam keadaan khayal dan bercakap sendirian.

“Sebab saya khayal dan bercakap seorang diri,” kata Tiara dalam video yang dipunggah ke YouTube dengan tajuk “Anak angkat Kuntilanak!! Tiara ialah gadis cantik yang ditemui oleh nenak 11 tahun lalu di tengah hutan”.

Tiara juga mengakui bahawa mereka yang sering membulinya akan ditimpa musibah pada kemudian hari…

“Ada yang terkena musibah, ada juga yang mati,” sambung Tiara dalam video tersebut.

Menurut Karol pemilik video tersebut, dia mendedahkan Tiara adalah manusia yang sebenar dan bukan kuntilanak.