Pendirian Tegas PAS Mahu Tiga Parti Teras Melayu, Islam Bersatu Dibawah Penyatuan...

Pendirian Tegas PAS Mahu Tiga Parti Teras Melayu, Islam Bersatu Dibawah Penyatuan Ummah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan pendirian mereka ketiga-tiga parti teras Melayu dan Islam bersatu dibawah penyatuan ummah walaupun Parlimen telah dibubarkan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata rundingan pihaknya bersama UMNO tetap diteruskan sehingga saat akhir.

Katanya, agenda terbabit tidak mempunyai sebarang kepentingan bukan sahaja kepada PAS, BERSATU atau Umno kerana ia berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.

“Pendirian kita jelas mahu ketiga-tiga parti terbabit bersatu tetapi UMNO membuat kenyataan menolak, dan menganggap cadangan kita sebagai mempunyai muslihat…

“Sebenarnya kita buat cadangan untuk kepentingan Melayu dan Islam sebab kita melihat keperluan politik bukan untuk kita, Bersatu atau UMNO, tiada muslihat kecuali untuk kepentingan agama.

“Bila UMNO tidak boleh terima, akan jadi seperti Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor. Usaha itu dilakukan sehingga hari akhir kempen, kita berbincang dengan UMNO sehingga last minit,” katanya dalam kenyataan media.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah…

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata jika Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap tawaran itu sebagai muslihat, maka desakan pimpinan tertinggi UMNO mahu Pilihan Raya Umum (PRU)- 15 huga dilihat ada muslihat.

Berikutan itu, beliau berharap rundingan penyatuan politik Melayu dapat diteruskan walaupun segelintir pimpinan UMNO menolak.