KOTA KINABALU, SABAH – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula dikuatkuasakan ke atas PenempatanTelipok dan Kampung Numbak di sini, berkuat hari ini (26 November 2020) hingga 29 November 2020, demikin keputusan Kerajaan Negeri Sabah dalam satu kenyataan malam tadi.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan itu dibuat atas nasihat serta penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.
“Prosedur operasi standard (SOP) PKPD bagi kawasan tersebut ialah sama seperti SOP PKPD yang diumumkan sebelum ini…
Antaranya, kedai runcit dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang manakala pasar dibenarkan beroperasi dua kali seminggu bermula 6 pagi hingga 2 petang,” katanya dalam kenyataan.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata seorang wakil daripada setiap keluarga dibenarkan keluar dari kawasan PKPD bagi tujuan mengeluarkan duit daripada mesin pengeluaran wang atau bank dengan kebenaran pihak berkuasa yang membuat kawalan di jalan keluar masuk di kedua-dua lokaliti tersebut.
Menurut laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, negeri itu merekodkan 381 kes baharu COVID-19 setakat kelmarin (15 November 2020), menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 23,095 kes.
Kes baharu itu merangkumi 95 di Kota Kinabalu, Tawau (65 kes), Sandakan (51 kes), Semporna (48 kes) dan Lahad Datu (34 kes).
Selain itu, tiga (3) kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas iaitu dua di Sandakan dan satu di Semporna.
Sementara itu, Masidi berkata setakat hari ini, sebanyak 169,345 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasaran.