Jangan Terpengaruh Persepsi Negatif – Sukari

Jangan Terpengaruh Persepsi Negatif – Sukari

0
SHARE
Sukari
Sukari berucap ketika majlis ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan persepsi negatif berkaitan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Datuk Mohd Sukari Ab. Hamid berkata, PADU merupakan wadah daripada kerajaan untuk membantu rakyat.

“PADU merupakan hasrat murni Kerajaan Madani agar semua rakyat tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

“Namun, masyarakat kini sering terpengaruh kepada persepsi yang tidak betul akibat terlalu terdedah kepada pelbagai saluran media sosial.

“Masyarakat khasnya penjawat awam perlu memastikan sebarang maklumat yang diterima adalah daripada sumber yang boleh dipercayai.

“Forum pada hari ini banyak memberikan maklumat yang berguna khususnya kepada kakitangan Jabatan Penerangan agar dapat terus melaksanakan penerangan berkenaan sistem PADU ini kepada masyarakat,” katanya ketika merasmikan Sesi Forum PADU: Ke Arah Kelestarian, Kesejahteraan dan Kemajuan Rakyat di Universiti Malaysia Sabah, pada Rabu.

Menurutnya, JaPen bersama-sama dengan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi akan terus bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dalam menyebar luas dan mempromosikan sistem PADU kepada masyarakat.

“Fungsi dan peranan utama JaPen adalah untuk menyampaikan maklumat dan menerangkan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

“Pelbagai program akan terus dilaksanakan oleh JaPen bukan sahaja berkenaan PADU malah semua dasar dan maklumat kerajaan akan disampaikan secara bersasar,” tambahnya.

Beliau berharap agar program forum yang dilaksanakan akan dapat memberi pengetahuan dan maklumat yang lebih tepat secara langsung kepada peserta seterusnya dapat disampaikan kepada orang awam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik JaPen, Suwadi Guliling, Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Mohd Rizal Hashim, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Erwin Khairul Ahmad, Pengarah Perangkaan Malaysia Negeri Sabah, Muhammad Amri Idris, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Zon Sabah, Milus Alu dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa. — JABATAN PENERANGAN SABAH