JBPM Ingatkan Masyarakat Pentingnya Alat Pemadam Api Di Rumah

JBPM Ingatkan Masyarakat Pentingnya Alat Pemadam Api Di Rumah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sekali lagi mengingatkan pentingnya alat pemadam api tersedia di rumah.

“Tidak perlu tunggu kedatangan pihak bomba bagi menghentikan rebakkan api kecil,” kata Pengarah JBPM Sabah Mohd Ali Ismail.

Beliau berkata kebanyakkan kes kebakaran di kawasan setinggan Sabah berlaku kerana kadar penggunaan elektrik yang tinggi.

“Dan sudah tentu pada musim perayaan ini memasak akan menjadi aktiviti utama…

“Kelekaan ketika di dapur dan membiarkan anak-anak bermain api dikenal pasti sebagai punca kebakaran,” beliau berkata pada pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2021.

Mengulas lebih lanjut, pada tahun 2019, sebanyak 65 panggilan kebakaran direkodkan dan jumlah itu meningkat ke 66 pada tahun berikutnya pada musim perayaan tersebut.

“Kita tak nak kesedihan pada musim perayaan. Lebih baik ambil langkah pencegahan awal sebelum berlakunya tragedi yang tidak diingini…

“Masyarakat harus faham pergerakan bomba mungkin lewat sedikit kerana terpaksa mengikut SOP yang ditetapkan di kala pandemik ini.

“Beberapa anggota pun terpaksa dikuarantin atau berkerja dari rumah kerana berkontak rapat dengan mangsa kebakaran yang disah menghidap COVID-19,” katanya.

Tambahnya lagi hanya 30 peratus (30%) anggota dan pegawai bomba negeri ini diberikan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.