JBPM Selamatkan Mangsa Kenderaan Jatuh Ke Dalam Gaung Di Lahad Datu

JBPM Selamatkan Mangsa Kenderaan Jatuh Ke Dalam Gaung Di Lahad Datu

0
SHARE
Sumber Foto; Ihsan JBPM Lahad Datu, Sabah...

LAHAD DATU, SABAH – Seorang lelaki cedera apabila kenderaan Toyota Estima yang dinaikinya terbabas dan jatuh ke dalam gaung berhampiran Kawasan Sabahan di Jalan Lahad Datu – Kunak semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata mereka menerima panggilan kecemasan itu kira-kira jam 11.34 malam.

Menurut mereka mangsa yang cedera berumur 45 tahun manakala seorang pemandu, lelaki, 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua mangsa selamat dikeluarkan dari kenderaan terbabit dengan bantuan sembilan anggota JBPM…

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi tamat pada 12.35 pagi dan kes diambil alih pihak polis Lahad Datu bagi tujuan siasatan.