Jeffrey Mohon Dipilih Semula Ke Parlimen Untuk Terus Mengejar Hak Kewangan Sabah

Jeffrey Mohon Dipilih Semula Ke Parlimen Untuk Terus Mengejar Hak Kewangan Sabah

0
SHARE
Calon kerusi Parlimen mewakili Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan selepas Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Cina...Sumber Foto: Ihsan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)

KENINGAU, SABAH – Calon kerusi Parlimen mewakili Keningau mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau komited untuk terus menuntut hak Sabah daripada Kerajaan Persekutuan dan berharap agar terus dipilih berada dalam parlimen bagi usaha terbabit.

Menurutnya, hak Sabah ke atas pulangan bersih 40 peratus hasil yang dipungut oleh kerajaan Persekutua. di negeri ini sudah lama hilang jika bukan kerana pengetahuan mendalam beliau mengenai perkara itu.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan sebenarnya telah menganggap perkara tersebut sudah seleai selepas membayar RM125.6 juta geran khas kepada negeri Sabah awal tahun ini.

“Saya diberitahu bahawa RM125.6 juta itu adalah hanya bayaran interim sehingga kita mendapat bayaran 40 peratus itu. Tetapi bila keluar ‘gazette’ dari kerajaan pusat mereka kata ini sebagai ganti 40 peratus…

“Dalam mesyuarat ada senarai perkara yang sudah selesai dan belum selesai. Saya lihat perkara tentang 40 peratus itu telah dimasukkan dalam senarai perkara yang sudah selesai…

“Jadi, saya tuntut agar dimasukan balik dalam senarai perkara yang belum selesai walaupun mereka sudah membayar Sabah RM125.6 juta,” katanya dalam satu kenyataan media selepas Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Cina di sini, semalam.

Katanya, selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga menteri yang mempengerusikam jawatankuasa berkenaan MA63 di peringkat negeri, beliau duduk di dalam Jawatankuasa Khas MA63 kerajaan Persekutuan.

“Kalau saya tiada disana, hak-hak kita terhadap tuntutan 40 peratus ini sudah hilang…

“Ini sebab kenapa kita mesti ada pemimpin yang memahami tentang MA63 dan hak-hak Sabah didalam Persekutuan,” katanya.

Katanya, walaupun kerajaan Persekutuan telah mengembalikan beberapa kuasa kepada Sabah, beliau masih berusaha untuk mendapatkan hak yang lebih besar iaitu hak kewangan.

“Tanpa kewangan, kita tidak dapat menbangunkan negeri kita ini. Kita akan sentiasa minta dari kerajaan Persekutuan. Kita akan sentiasa miskin,” katanya.

Jeffrey yang juga merupakan Preside Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) jumlah pungutan bersih hasil yang dipungut oleh kerajaan Persekutuan dari Sabah adalah berjumlah RM60 billion setahun.