PENAMPANG, SABAH – Seorang pelajar SMK Bahang di sini yang mengamuk awal sesi persekolahan pagi tadi berjaya ditenangkan pihak Bomba.
Difahamkan pelajar lelaki berusia 17 tahun itu cuba terjun dari tingkat 3 sebuah blok di sekolah tersebut.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 8.35 pagi.
“Beberapa anggota sepasukan lapan dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang berjaya memujuk mangsa…
“Beliau kemudian dihantar ke Hospital Mesra Bukit Padang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi sambil menambah operasi tamat pada jam 8.51 pagi.



