TAWAU, SABAH – Pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki yang memecah masuk dan mencuri dari sebuah premis di Merotai Besar sini semalam.
Bertindak atas maklumat dan risikan, warganegara asing berumur 34 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Simpang Tiga kira-kira 5.10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, beberapa barang disyaki hasil curi selain wang tunai turut dirampas dalam serbuan tersebut.
“Suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke negara ini melalui jalan salah…
“Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.