PM Kemboja Positif COVID-19

PM Kemboja Positif COVID-19

0
SHARE
Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen...

BANGKOK – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen terlepas menghadiri mesyuarat Sidang Kemuncak G20 di Bali selepas diuji positif COVID-19.

Beliau disahkan positif dua hari selepas beliau bertemu pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Perdana Menteri China, Li Keqiang pada Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja.

Dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebooknya, Hun Sen yang juga pengerusi ASEAN berkata, beliau disahkan positif COVID-19 sebaik tiba di Indonesia, lapor Bernama.

Hun Sen berkata, beliau tidak mengalami sebarang gejala.

“Kini, saya disahkan positif COVID-19. Untuk tujuan keselamatan, delegasi Kemboja akan pulang pada Selasa,” tulisnya sambil menambah beliau diuji setiap hari termasuk sebelum berlepas ke G20 dan keputusannya negatif.

Hun Sen berkata, beliau menjalani ujian saringan COVID-19 semasa ketibaannya di Indonesia semalam dan keputusannya positif.

Susulan itu, beliau terlepas untuk pertemuan bersama pemimpin lain termasuk Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Sidang Kemuncak APEC minggu ini.