TELANGANA – Seorang lelaki berjaya melarikan wang selepas menyamar sebagai juruteknik yang hendak membaiki mesin pengira wang (ATM) di sebuah bank di sini.
Dalam kes rompakan luar biasa dan teknikal itu, suspek memasuki bank dan memperkenalkan dirinya sebagai juruteknik yang mahu membaiki mesin pengira tunai.
Perompak itu kemudian meminta kakitangan itu memberinya RM2,684 (Rs50,000) untuk memeriksa sama ada mesin mengira tunai itu sudah diperbaiki atau tidak.
Dia kemudian mengambil peluang untuk melarikan wang tersebut.
Suspek diburu polis dan sukar dikenal pasti kerana rakaman CCTV menunjukkan mukanya tertutup.