KOTA KINABALU, SABAH – Satu kluster baharu dikesan hari ini sementara Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 7 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 329 kes.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 73 kes, diikuti Tuaran dengan 53 kes, Penampang 31 kes dan Ranau 23 kes.
“Salah satu daerah dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’ iaitu Kota Belud terkeluar daripada kumpulan tersebut apabila mencatat cuma 16 kes hari ini…
“Sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada angka satu (1) digit sahaja dan hanya daerah Semporna tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam sebuah rumusan harian.
Menurut beliau, 15 daerah mencatatkan peningkatan kes tetapi terdapat dua (2) daerah yang menunjukkan peningkatan tinggi iaitu Kota Kinabalu (+20) kes dan Penampang (+11) kes.
“Sebelas (11) daerah mencatatkan penurunan dengan tiga (3) daripadanya mencatat penurunan dua angka iaitu Tuaran -23 kes, Beaufort -13 kes dan Ranau -11 kes…
“Satu daerah merekodkan catatan sebagaimana semalam,” katanya.
Jelasnya, kluster baharu yang diistiharkan hari ini melibatkan institusi pendidikan di daerah Ranau yang diberi nama Kluster Debut Timbua.
Katanya kluster berkenaan berpunca daripada seorang guru lelaki yang dikesan positif melalui saringan kendiri.
“Siasatan dan saringan lanjut dikalangan kontak rapat mendapati seramai 31 orang lagi telah dijangkiti…
“Kesemua pesakit telah diasingkan dan dirawat sewajarnya. Antara lokaliti yang terlibat dengan kluster ini ialah Asrama SMK Timbua, Kuarters SMK Timbua dan Kuarters SMA Mohd Ali,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata hampir 97 peratus (97%) daripada pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
“Seorang pesakit dalam Kategori 3, dua (2) orang pesakit dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5 pada hari ini. Tujuh (7) pesakit lagi masih dalam penilaian lanjut,” tambahnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (09 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 73 (53)
Tuaran – 32 (55)
Penampang – 31 (20)
Ranau – 23 (34)
Papar – 19 (11)
Keningau – 18 (23)
Putatan – 17 (15)
Kota Belud – 16 (25)
Sandakan – 13 (11)
Tenom – 11 (8)
Kudat – 10 (6)
Kinabatangan – 9 (0)
Beaufort – 8 (21)
Kuala Penyu – 6 (7)
Kota Marudu – 6 (11)
Tongod – 5 (0)
Tawau – 5 (3)
Kunak – 4 (0)
Sipitang – 4 (6)
Pitas – 4 (5)
Kalabakan – 4 (0)
Tambunan – 3 (3)
Lahad Datu – 3 (2)
Telupid – 2 (0)
Nabawan – 2 (0)
Beluran – 1 (2)
Semporna – 0 (1)